Tabloid Bola

Tabloid Bola ialah tabloid sukan Indonesia yang diterbitkan sejak 3 Mac 1984. Tabloid ini mengenai Seputar dunia Sepakbola dan Seputar dunia Sukan di Indonesia mahupun di luar negera. BOLA pada awalnya diterbit sebagai sisipan harian Kompas pada 3 Mac 1984, tetapi empat tahun kemudian mula diterbitkan berasingan. Sehingga tahun 1997, Bola hanya diterbitkan sekali seminggu, iaitu pada hari Jumaat. Tabloid Bola mempunyai fokus pada berita-berita bola sepak dan sering menghantar wartawannya untuk membuat liputan acara-acara sukan di luar negera, termasuk Piala Dunia FIFA.Nama akhbar tabloid Bola dan rancangan halaman depannya telah banyak disalin tabloid-tabloid sukan sejenis di Malaysia. Selain tabloid Bola, tabloid Bola kini juga diterbitkan dalam format majalah: BolaVaganza, yang membincangkan sepak bola tetapi lebih tertumpu pada artikel-artikel bukan berita yang diterbitkan pertama kali pada bulan November 2001, dan Bola Sports (terbit 2004), yang mempunyai fokus pada cabang sukan lain. Bola Sports memberhentikan peredaran pada tahun 2005 dan juga Bola Poster yang diterbitkan perdana pada tahun 1999.Mulai Januari 2009, BOLA menerbitkan dua majalah bola sepak import dari England iaitu FourFourTwo dan Inside United yang membahas pasukan terkenal Inggeris, Manchester United.Sejak 26 Oktober 2018, Tabloid BOLA rasmi ditutup dengan edisi terakhirnya selama 34 tahun